Makaroni Bakar.

Makaroni Bakar

250 g macaroni } direbus hingga lembut toskan gaul dgn sedikit mentega

Bahan inti:
500 g daging cincang ( boleh juga diganti dgn daging ayam cincang )
30 mentega
1/2 labu bawang besar } dicincang
1 ulas bawang putih } dicincang halus
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 sudu kecil oregano kering atau parsley kering
175 g buah tomato } buang biji, potong dadu
2 putih telur
500 ml sos putih
125 g keju cheddar } diparut

Cara membuat:
Panaskan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih.
Apabila layu masukkan daging cincang, tomato, garam dan lada sulah.
Masak lebih kurang 15 minit atau apabila air daging kering, kemudian sejukkan.
Bila dah SEJUK masukkan telur putih, kacau sebati.
Sapukan loyang bersaiz 7x 5 inci dgn sedikit mentega

Terdpt 2 cara utk memasukkan pasta dan inti kedlm loyang, pilih salah satu cara

Cara I:
Campurkan kesemua pasta dgn inti kemudian masukkan kedlm loyang.
Tuang sos putih diatasnya, ratakan.
Akhir sekali tabur keju parut .

Cara II:
Masukkan1/3 pasta kemudian tabur 1/2 inti dan sedikit keju parut., lapiskan semula dgn 1/3 lagi pasta diikuti lebihan inti dan sedikit keju dan akhir sekali 1/3 lagi pasta dan atasnya tuang sekata sos putih dan akhir sekali tabur keju parut.
Bakar didlm oven pd suhu 180 ’C selama 30 min atau sehingga keju keperangan.
Angkat biarkan selama 15 minit sedia utk dihidangkan

Nota: Boleh tambah sayuran spt cendawan, capsicum hijau/merah didlm inti jika suka

Sos Putih :

30 g mentega
1 sudu besar tepung gandum
500 ml susu segar
2 kuning telur
125 g keju cheddar } diparut
garam secukup rasa½ sudu kecil serbuk lada sulah

Cara membuat sos putih:

Cairkan mentega dgn api yg perlahan, masukkan tepung gandum kacau sehingga sebati.
Masukkan susu kacau (whisk) dgn menggunakan pemukul telur sehingga sebati.
Panaskan sehingga mendidih sambil sentiasa dikacau supaya tidak bergentel.
Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
Tutup api, sejukkan sedikit baru masukkan keju parut & kuning telur.
Kacau sebati ketepikan.

Spaghetti.

Inilah kegemaran kami sekeluarga.. sesuai di makan pada bila-bila masa shj.

user posted image

ok resepinya mudah je…

Bahan-bahan:

-spaghetti (ikut suka byk mana) di rebus ikut pd arahan pek
-minyak zaitun atau minyak masak pun boleh utk menumis
-ikan salmon yg fresh tu..
-bhn asas : bawang merah n putih (ada org tak suka letak bwg putih.. pun ok juga)
-sos tomato utk spaghetti (ada pelbagai jenis)
-sedikit air utk dptkan kuah
-garam
-brocolli atau sayuran lain yg di sukai keluarga terutama anak-anak utk hiasan
-daun parsley yg segar atau serbuk pun ok
-parmesan cheese utk hiasan

cara memasak:

-rebus spaghetti cam biasa.
-panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang merah n putih hingga kekuningan jgn lak hangus nanti tak sedap
-masukkan ikan tuna dan sos tomato
-masukkan sedikit air utk mengelakkan sos itu menjadi pekat.
-akhir sekali, masukkan garam secukup rasa.
-bila masak boleh terus di hidangkan, sebab sedap di makan bila panas-panas.
-susunla ikut kesukaan sendiri dan taburkan daun parsley dan juga cheese.. dah siap.