MURTABAK PERANTAU

murtabak-perantau.jpg

Hari ini buat Murtabak Perantau, tapi guna inti sardin sebab stok sardin ada banyak hehe ;). Gambar di atas adalah gambar lama iaitu di ambil ketika saya tinggal di Jepun, kira-kira 6 tahun yang lalu. Ianya dihias rapi dalam bekas bento/bekal ala2 jepun style untuk suami berbuka puasa di pejabat. Dulu puasa di Jepun pendek masanya, jam 4.30 petang dah masuk waktu berbuka. Oleh itu kebiasaannya saya akan bekalkan makanan ringkas untuknya ;)

MURTABAK PERANTAU

Bahan-bahan : anggaran 12 keping murtabak

12 keping kulit popia yg bersaiz 250 mm x 250 mm
2 cawan daging atau isi ayam cincang
4 ulas bawang merah } dikisar
1 cm halia                 } dikisar
2 ulas bawang putih } dikisar
1 labu bawang besar } dipotong dadu
500 g kentang } dipotong dadu
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah kurma
garam dan gula secukup rasa
6 biji telur (jika suka telur banyak boleh tambah sebiji dua lagi)
minyak untuk memasak

Cara membuat inti:

Terlebih dahulu rebuskan kentang yg telah dipotong didalam air mendidih sehingga hampir (3 suku ) masak/empuk. Kemudian toskan kentang tersebut.
Rempah kari dan rempah kurma dicampurkan dengan sedikit air panas supaya jadi pes.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bahan yg di kisar sehingga wangi dan agak garing
Kemudian masukkan pes rempah tadi. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan daging/ayam, goreng sehingga daging/ayam masak.
Masukkan bawang besar serta kentang, kacau sekejap sehingga kentang empuk dan intinya menjadi agak kering.
Angkat dan sejukkan.

Cara membuat murtabak:

Telur dipukul sedikit kemudian dicampurkan dgn inti, kacau hingga sebati.
Buka sekeping kulit popia kemudian letakkan secukupnya campuran inti + telur ditengah2 kulit popia , ratakan inti tersebut.
Kemudian lipatlah kulit popia itu bermula dari pepenjuru dibawa ke tengah sehingga menjadi 4 segi.
Masak dlm pan leper yg mengandungi sedikit minyak dgn api yg sederhana sehingga perang.
Ulang proses diatas sehingga habis.

Nota: Kentang direbus terlebih dahulu supaya intinya cepat siap/masak.

Sumber : normasri.tk

Karipap Pusing.


Sebenarnya dah dekat lebih 5 resepi karipap pusing saya ikuti sejak duduk di jepun, akhirnya satu hari terjumpa di forum cari resepi Dewi, Forum CARI.

Ok ni resepi dari Dewi siap hafal dah. Memang ingat sampai bila2 ni :

Bahan-bahan :

Utk 1 kg tepung gandum menghasilkan kira2 60 biji karipap :D

Utk doh berminyak :
150 gm (75gm margerin + 75gm crisco)- gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka ataupun snowbrand shorterning tu..
300 gm tepung gandum

Utk doh biasa :
700 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (td buat anggaran dlm 2 cawan lbh sikit)

Cara :

Sila lihat step by step.. sbb gambar2 mula2 dulu dah saya tempek caranya kan. Bila peratikan gambar kat forum CARI td barulah saya tau kat mana silap dan kat mana yg kurang. Alhamdulilah saya dah puashati bolehlah kongsi dgn kawan2.

Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat. Kat sini baru saya tau, uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.

Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam : uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.

Step 3 : Amik doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.

Step 4 : Canaikan doh tersebut hingga nipis saiz seperti saiz roti canai segera tu. Ingat2 jangan tekan kuat sgt nanti doh melekat pd papan canai. Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar.

Step 5 : Ambil doh golong tikar tu dan canai lg hingga nipis dan berhati2 sms mencanai nih… biarkan btknya lonjong kemudian golong semula spt gulungan tikar. Sbnrnya kalau lg panjang lg bagus sbb nanti nampak lg byk jalur.

Step 6 : Doh yg telah di gulung kemudian di potong kpd 4 bhgn. Ikut suka masing2 nak besar saiz karipap tu mcm mana. Saya potong 4 ni sdg eloklah utk anak2 makan.


Step 7 : Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Part yg ni paling saya suka sbb jalur karipap tu ada banyak. Berbanding yg sblm ini. Klu korang peratikan step 4 dan 5 mmg tak ada dlm gambar dan cara yg sblm ini.

Jd kepada kawan2 selamat mencuba! saya berani jamin tak menyesal bila ikut step by step.

Roti Jala dan Kari Daging kegemaran ramai…

ROTI JALA DAN KARI DAGING

BAHAN ROTI JALA

450g tepung gandum
1 camt garam
½ camt serbuk kunyit
450 ml susu segar
3 biji telur (di pukul sedikit )
450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
2 camb mentega cair
minyak untuk melenser
acuan roti jala

CARA MEMBUAT ROTI JALA :

1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus.

2. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.

3. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.

4. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.

5. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.

6. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.

BAHAN KARI DAGING ( boleh juga di gantikan dengan kari ayam, ikut yg mana suka…)

1 ½ kg daging
125 ml minyak
5 labu bawang Spanish sedang – di cincang halus
12 ulas bawang putih – di cincang halus
2 kuntum bunga lawang
2.5 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga ( ambil bijinya )
4 tangkai daun kari
70 g rempah kari daging – di campur dgn 125 ml air – jadikan pes
1liter santan cair
500 ml santan pekat
3 biji ubi kentang besar ( di kupas dan di hiris kasar )
garam secukupnya

CARA MENYEDIAKAN KARI DAGING :

Potong daging setebal 1 cm dan selebar 5 cm. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang Spanish, bawang putih dan rempah yang lain hingga keperangan. Bubuh daun kari dan pes kari. Masak atas api perlahan sehingga wangi.

Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk. Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering. Masukkan pula santan cair dan biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama ½ jam atau hingga daging empuk. Bubuh pula kentang dan masak sampai empuk. Akhir sekali masukkan garam dan santan pekat , gaul sehingga sebati. Apabila kari menggelegak semula angkat dari api.

Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.

Sumber : Resepi Popular Penjaja – Nor Zailina Nordin dan Seow Boon Hor

Nasi Ayam Cara Sihat.

user posted image

Nasi Ayam.

Bahan-bahan

(a) Untuk Nasi

  • 270 g (1 1/3 cawan) nasi

  • 15 g (1 sudu makan) minyak sayuran

  • 600 ml (3 cawan) air rebusan ayam

  • 30 g (3 ulas) bawang merah, dihiris

  • 5 g (1 ulas) bawang putih, dihiris

  • 2 sm kulit kayu manis

  • 3 biji bunga lawang

  • 2 biji buah belaga

  • 1 helai daun pandan

  • 20 g (2 sm) halia, dihiris

(b) Untuk ayam

  • 750 g ayam, dibuang kulit dan lemak, dipotong lima

  • 2 litre (10 cawan) air

  • 9 g (1 ス sudu teh) garam

Sliced

  • 20 g (2 ulas) bawang merah

  • 5 g (1 ulas) bawang putih

  • 20 g (2 sm) halia

Bahan rempah, dicampurkan bersama

  • 2 g (1 sudu teh) jintan manis

  • 2 g (1 sudu teh) jintan putih

  • 20 g (2 sudu makan) kicap pekat

  • 3 g (1 sudu teh) lada hitam

(c) Untuk sup

  • 10 g (2 ulas) bawang putih, dimayang

  • 15 g (2 sm) halia, dihiris

  • 2 g (1/2 sudu teh) lada hitam

  • 50 g (2 pokok) daun sup, dihiris halus

  • 1 liter (5 cawan) air rebusan ayam

  • 15 ml (1 sudu makan) minyak sayuran

(d) Untuk sos cili

  • 60 g (3 sudu makan) sos cili

  • 3 g (1/2 sudu teh) garam

  • 5 g (1 sudu teh) gula

Dikisar bersama

  • 75 g (5 biji) cili merah

  • 10 g (2 ulas) bawang putih

(e) Bahan untuk dihidang bersama dengan nasi ayam

  • 170 g (1 biji kecil) timun, dihiris nipis

  • 300 g (2 biji) tomato, dihiris nipis

  • 125 g (1/2 biji saiz kecil) daun salad, dicarikkan

 

Pau.

user posted image

Resepi 1 (ikut pd resepi yg terdpt di kotak Tepung Pau Blue Key):

Bahan:

500g (1/2 kotak ) Tepung Halus Blue Key
6 g (1 1/2 sudu teh ) yis segera
100 g ( 1/2 cawan ) gula
50 g ( 1/4 cawan ) shortening/lemak sayuran (saya gunakan crisco yg dlm resepi roti tu.. ) klu tak de gunakan minyak jagung
230 g ( 1 1/4 cawan ) air

Cara-cara :

1. Campurkan tepung bersama yis segera sementara gula larutkan di dalam air.
2. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan uli doh dengan tangan selama 10-15 minit. Klu yg menggunakan bread maker boleh sett kan fungsi utk membuat doh kulit roti.
3. Bahagikan doh kpd 60 g tiap satu dan bulatkan. Rehatkan selama 10 minit.
4. Canai doh dan isi intinya di bahagian tengah doh. Tutup hujung doh mengikut bentuk yg di kehendaki. Kemudian letakkan setiap doh di atas kertas minyak yg berbentuk segi empat.
5. Letakkan doh itu di atas periuk kukus yg di lapik dengan kain yg lembap dan kukus selama 15 minit pd suhu yg tinggi.

Resepi 2 ( dari resepi di kotak yis mauripan ):

Bahan-Bahan:

1000 g tepung gandum
11 g (sebungkus) Yis Segera Mauripan
200 g (1 cawan) gula 100 g (ス cawan) minyak jagung
460 g (2 ス cawan) air

Cara:

Gaul tepung dan yis segera Mauripan dan larutkan gula di dalam air. Gaulkan semua ramuan di dalam mangkuk adunan. Uli adunan tersebut dengan tangan selama 10 hingga 15 minit atau sehingga adunan menjadi licin dan kenyal. Timbangkan adunan tersebut 60 gm (2 oz) setiap satu, buatkan bentuk bulat dan biarkan selama 10 minit. Canai adunan dan isikan inti di bahagian tengah adunan. Tutup inti dengan mencantumkan hujung adunan tadi menurut bentuk yang disukai. Letakkan setiap adunan tadi diatas sekeping kertas kalis gris empat segi. Biarkan adunan pau selama kira-kira 35 minit. Letakkan semua kepingan adunan tadi di dalam pengukus dan kukuslah selama 10 minit pada suhu yang tinggi.

« Previous Entries