Resepi Otak-otak

Dah lama blog ini bersawang sejak balik dari Jepun 2008 dulu. Kini kami merantau lagi dan kali ini benar-benar jauh iaitu di bumi Texas, USA. Insyaallah akan hidup kembali nampaknya blog masakan ini.

Baiklah sebagai entri pertama dari Houston, Texas.. saya kongsikan hasil ujikaji lab saya hari ini iaitu Otak-otak dan Otak-otak Popia. Alhamdulilah berjaya buat otak-otak  untuk anak-anak tersayang. Dah lama mereka mengidam baru hari ini ibunya rajin membelek resepi dan petua. Selain itu menu lain ada juga pulut panggang dan laksa untuk juadah berbuka puasa. Semalam terhasil Nasi Beriyani Ayam + Kambing juga Kuih Seri Muka. Saya update kemudian resepi beriyani tu ya! Sebulan sekali mesti nak buat sebab anak-anak saya suka beriyani kambing.

Gambar ada tapi belum sempat update. Berikut adalah resepinya yang hasilnya begitu marvelous terbukti kerana anak2 berebut-rebut makan tak ingat! ;)

Bahan-bahan ( 3 4 org )

  • 1 kg isi ikan tenggiri (dibersihkan dan ambil isinya)
  • 3 sb santan pekat
  • 2 biji telur ayam (dipukul sedikit)
  • 80gm tepung ubi
  • +- 4 sb myk masak
  • garam, gula@perasa secukupnyer
  • BAHAN-BAHAN SAMBAL
  • 5 sb cili kisar (kurgkan kalw x suka pedas)
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 sb belacan
  • 4 biji buah keras
  • 1′ halia
  • 1′ kunyit hidup
  • 1″ lengkuas
  • 4 batang serai
  • 2 sb rempah kari ikan
  • *blend semua bahan-bahan sambal di atas
  • 1 sb air asam jawa (optional)
  • utk kulitnya : beberapa keping kulit popia

Cara-cara

  1. panaskan minyak, tumis bahan-bahan yg dikisar tadi. gorengkan sampai sedikit garing. biarkan sejuk
  2. goreng hingga sambal sedikit garing dan menjadi pekat. tutup api dan biarkan sejuk.
  3. setelah sejuk, ambil isi ikan, telur, santan dan tepung, gaulkan sedikit demi sedikit dalam sambal tadi sehingga sebati dan mesra. (gaul secara bperingkat, dmulai dgn ikan, then telur, santan, n akhir sekali tepung. jgn masuk semua sekaligus)
  4. kemudian amik kulit popiah, letakkan sedikit otak-otak, bungkus seperti nak buat popia biasa. dan gorengkan.
  5. *******lebihan otak2 yg dgunakan boleh lah d simpan dlm tupperware bbentuk 4 segi n dibekukan

Sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/5602 

Mee Kuning dan Kuew Teow Homemade.

MEE KUNING -Menghasilkan 700 g mee kuning

Bahan-bahan:

350g tepung high protein
2 biji putih telur - boleh juga ganti kpd 1 biji telur
1 sudu kecil air kapur
100 ml air
sedikit pewarna kuning
1 sudu kecil garam (paras rata)
6 sudu besar minyak masak atau secukupnya
sedikit tepung utk taburan

Cara membuat:

1. Ayak tepung ke dalam mangkuk besar, buat lubang ditengahnya
2. Di dalam bekas lain campurkan telur, air kapur, air, pewarna kuning dan garam kemudian kacau sebati
3. Curahkan campuran air tadi ketengah2 tepung.
4. Uli sehingga sebati dan menjadi doh yg kental
5. Bahagi doh kpd 4 bahagian
6. Ambil 1 bahagian, leperkan kemudian lalukan ke dlm mesin (guna yg paling tebal, bermula no 1 kalau mesin K.Noor)
7. Kemudian ulang menggeleknya sehingga hasilnya licin dgn menggunakan ketebalan yg makin berkurangan
8. Pilih ketebalan yg dikehendaki (K.Noor guna no 4), gelek utk kali terakhir disini
9. Sapukan sedikit tepung atasnya (supaya bila mee keluar ianya tak melekat antara satu sama lain) kemudian lalukan kpd mesin juraian mee
10. Ulang begini sehingga abis ke empat2 bahagian doh tadi
11. Bila dah selesai kesemuanya, didihkan air masukkan 3 sudu besar minyak dlm air tersebut
12. Celur mee dlm air mendidih (guna api perlahan) selama 2 minit (jgn celur sekali gus, celur sket2 mee tu)
13. Kemudian toskan mee tersbt, gaul dgn 3 sudu besar minyak masak
14. Sedia utk digunakan atau boleh disimpan dlm peti sejuk selama 3-4 hari.